Friday, 13 January 2012

Wrong No. laaa...LAWAK!!!


Seorang suami telefon ke rumahnya ketika outstation, dan kebetulan yang menjawab panggilan telefon adalah seorang orang gaji....

Suami : Hello,selamat petang. Puan ada?
Orang gaji : Selamat petang. Ya, encik boleh saya tolong?
Suami : Siapa ni?
Orang gaji : Saya orang gaji kt sini.
Suami : Baru ke? Sebelum ni saya tak pernah guna orang gaji!!
Orang gaji : Saya baru je keje hari ni.
Suami : Oh, yeke?Puan ada kat rumah tak?
Orang gaji : Ada, encik.Puan tengah tidur. Encik ni siapa?
Suami : Saya suaminya.
Orang gaji: La.. sekarang puan tidur dengan siapa pulak ni??
Suami : Apa?Ada lelaki lain yang tidur dengan puan ker?
Orang gaji : Ya, encik.
Suami : Tak guna!!! %^$%$%!##$#%$ ...Eh, engkau boleh tolong tak? nanti saya bagi upah RM 1 juta.
Orang gaji: Boleh..Apa yang boleh saya tolong?
Suami : Masuk ke bilik kerja saya, ambil pistol dalam laci, lepas tu tembak mereka berdua.
Orang gaji : (termenung)
Suami : Macamana? Boleh tak? kalau tidak saya tambahkan RM 1 juta lagi.
Orang gaji : Baik encik..saya lakukan sekarang.
Suami : Cepat!! Saya tunggu!

Orang gaji itu kemudian mengambil pistol dan, bang..bang...bang..

Orang gaji : sudah encik.
Suami : Bagus, sekarang tutup hal ni, engkau buang pistol dalam kolam renang belakang rumah.
Orang gaji : Kolam renang yang mana?
Suami : Yang di belakang rumah!
Orang gaji : Tak ada, encik. Di belakang rumah ni tak ada kolam renang!
Suami : Ye ke ni?
Orang gaji : Iya!!
Suami : Ni kan nombor 5097600?
Orang gaji : Bukan, encik. Sini 5907600.
Suami : Oh, sori. Salah nombor.



No comments:

Post a Comment